LAPORAN PERCUMA RAHSIA UMPAN POWER KAP DAN PATINSaudara yang dihormati,
Terima kasih kerana sudi memperolehi Laporan Percuma E-Book Rahsia Umpan Power Kap dan Patin ini.
Saya
percaya saudara adalah salah seorang pemancing yang sentiasa
tercari-cari apakah resepi umpan yang paling power untuk menjinakkan
Kap atau Patin. Jika tidak, saudara tidak akan klik untuk
memperolehi Laporan Percuma ini. Tahniah dan terima kasih sekali
lagi saya ucapkan kerana sudi memperolehi perkongsian pengalaman
penyediaan umpan percuma ini.
Saudara yang dihormati,
Dalam
Ebook ini saya akan menerangkan secara terperinci dan jelas
bagaimanakah untuk menyediakan resepi umpan yang benar-benar power dan
berkesan untuk menjinakkan Kap dan Patin di kolam memancing atau
pun tasik. Resepi ini saya namakan Resepi Rahsia Umpan
Power Kap Dan Patin.
Resepi ini sebenarnya saya perolehi hasil dari
pengalaman memancing selama 15 tahun di kolam dan di tasik air tawar di
seluruh Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.
Sebahagian dari resepi ini saya perolehi dari rakan-rakan pemancing
yang berkongsi hobi suka memburu Kap dan Patin di kolam-kolam memancing
dan juga di tasik dan danau yang banyak terdapat di negara kita
Malaysia.
Sebenarnya ada pelbagai resepi
umpan yang sangat disukai oleh Kap dan Patin. Tetapi kebanyakkan
pemburu kap dan patin merahsiakan resepi ini kepengatahuan umum kerana
mereka tidak mahu orang lain jadi juara atau jadi Raja Kap dan Raja
Patin seperti mereka. Sekiranya diturunkan ilmu dan maklumat
resepi tersebut, tidaklah sepenuhnya. Kan kah orang tua-tua
kata dahulu, Tok Guru biasanya tidak akan menurunkan sepenuhnya
ilmu buah silat kepada anak muridnya kerana taku murid melawan guru.
Saudara mungkin bertanya mengapakah saya
memilih umpan Kap dan Patin sahaja. Bukankah di kolam memancing itu ada
pelbagai spesies ikan seperti Rohu, Lekoh, Keli, Talapia
dan Pacu di samping Kap dan Patin ? Sebenarnya, melalui
pengalaman memancing saya, menaikkan Kap atau Patin akan
mendatangkan suatu kepuasan yang amat luar biasa. Ini kerana
spesies Kap dan Patin ini adalah satu spesies yang berupaya membesar
dengan saiz yang luar biasa sehinggakan mengikut rekod di sebuah kolam
memancing di Kuantan Pahang, seekor patinnya mencecah seberat 47
Kilogram (Tahun 2002 - Utusan Malaysia). Amat jarang kita temui
spesies lain yang boleh mencecah saiz seperti itu.
Bukankah
kita sebagai pemancing, kalau boleh pertamanya kita hendakkan
ikan bersaiz banyak. Keduanya, kita mahukan bilangan ikan yang
banyak. Biasanya di kolam-kolam memancing di seluruh Malaysia,
pengusaha kolam akan meletakkan ikan Kap dan Patin lebih banyak
dari ikan-ikan lain. Ini kerana di samping spesies ini cepat
membesar, harganya juga murah di bandingkan speseis lain seperti
rohu, lekoh dan pacu. Juga kita dapati, amat jarang sekali
ikan rohu dan lekoh yang boleh mencecah seberat 7 atau 8 kilogram.
Kebanyakkan hanya bersaiz sekitar 1 kilogram ke 2.5 kilogram atau paling beratpun sekitar 5 ke 6 kilogram.
Rakan Pemancing Sekalian,
Resepi
Rahsia Umpan Power Kap Dan Patin ini telah teruji keberkesanannya di
banyak kolam-kolam memancing di seluruh negara terutama empat buah
negeri yang saya sebutkan tadi. Ianya sesuai pada semua
jenis air kecuali air masin atau payau. Resepi ini dirumus dari
pelbagai bahan campuran telah mengalami proses ujicuba banyak kali di
kolam memancing sehinggalah penulis dapati ia benar-benar berkesan dan
sesuai di gunakan mana-mana kolam dan task atau danau. Selama 15
tahun penulis melakukan ujicuba akhirnya 5 resepi umpan Kap dan 5
resepi umpan patin telah penulis perolehi yang penulis rasakan amat
berkesan dan power untuk menjinakkan kap dan patin. Penulis telah
memberikan kepada beberapa orang rakan penulis untuk mencuba resepi
ini. Menurut mereka, memang amat berkesan dan power.
Saudara boleh rujuk semula testimoni yang di muka hadapan web ini.
Baikklah.
Sebagai menghargai kesudian saudara mendapatkan Laporan Percuma
ini, di bawah ini saya perturunkan P1 iaitu salah satu Resepi Patin
yang paling pepular dan paling 'power'.
Bahan-bahan:
1. 250 gram tepung ubi 2. 250 gram tepung jagung 3. 100 gram tepung gandum 4. 500 gram usus ayam (ambil yang muda dan berwarna kemerahan) 5. 1/4 buku ragi. 6. Telur itik
Kaedah Penyediaan:
1. Blender halus usus ayam. Gunakan sedikit air lebih kurang 50 ml - jika perlu. 2. Gaulkan usus blender dengan tepung ubi dan tepung gandum. 3. Ragi hendaklah dihancurkan. Gaulkan dengan gaulan pada kaedah No 2. 4.
Pastikan gaulan tidak terlalu lembut. Jika lembut, tambah tepung
gandum sedikit demi sedikit sehingga gaulan berkeadaan seperti doh roti
cana. 5. Pecahkan
telur itik dan gaul sekali lagi dengan doh gaulan. Pastikaan doh
berkeadaan seperti doh roti canai. Gunakan tepung gandum. 6. Simpan gaulan dalam bekas tertutup selama 4 jam sebelum digunakan.
Kaedah Penggunaan:
1. Ambil sebesar guli congkah dan lekatkan ke mata pancing. 2. Baling jauh ke tengah kolam. 3. Baling pada tempat yang sama seandainya anda mengulang balingan. 4.
Biar umpan sekurang-kurangnya 20 minit selepas di balingkan. Jika
tidak dimakan ikan, tarik pancing dan ganti umpan dan baling pada
tempat yang sama. 5.
Anda perlu gunakan umpan ini sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali
memancing, maksudnya, 3 ke 4 hari memancing jika tiada respon dari ikan.
Selamat
mencuba. Untuk dapatkan versi penuh, bankkan RM30 ke maybank
155032364797 atau Cimb 05090033610528. Selepas itu, isi dan hantar
borang Pengesahan Pembelian atau klik butang di bawah:
Sebagai
jaminan, wang saudara akan dipulangkan selepas 30 hari saudara
menggunakan resepi ini seandainya saudara tidak berpuas hati setelah
mencubanya dengan mengikut segala arahan dan panduan yang disertakan.
Saudara juga akan diminta memulangkan Resepi Umpan Power Kap Dan
Patin beserta bonus-bonus yang disertakan sekali.
Terima kasih
Norman Zainal www.umpanpower.com |